|
Penderitaan Rasulullah SAW
Baihaqi memberitakan
dari Abdullah bin Ja'far ra. katanya: Apabila Abu Thalib telah meninggal
dunia, mulailah Nabi SAW diganggu dan ditentang secara terang-terangan.
Satu peristiwa, beliau telah dihadang di jalanan oleh salah seorang
pemuda jahat Quraisy, diraupnya tanah dan dilemparkan ke muka beliau,
namun beliau tidak membalas apa pun. Apabila beliau tiba di rumah,
datang salah seorang puterinya, lalu membersihkan muka beliau dari
tanah itu sambil menangis sedih melihat ayahnya diperlakukan orang
seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah SAW kepada puterinya itu:
'Wahai puteriku!
Jangan engkau menangis begitu, Allah akan melindungi ayahmu!' beliau
membujuk puterinya itu. Beliau
pernah berkata: Sebelum ini memang kaum Quraisy tidak berani membuat
sesuatu seperti ini kepadaku, sehinggalah selepas Abu Thalib meninggal
dunia, mulailah mereka menggangguku dan mengacau ketentermanku.
Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya karena menyesali
perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai paman! Alangkah segeranya
mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!
(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)
Thabarani telah memberitakan
dari Al-Harits bin Al-Harits yang menceritakan peristiwa ini, katanya:
Apabila aku melihat orang ramai berkumpul di situ, aku pun tergesa-gesa
datang ke situ, menarik tangan ayahku yang menuntunku ketika itu,
lalu aku bertanya kepada ayahku: 'Apa sebab orang ramai berkumpul
di sini, ayah?' 'Mereka itu berkumpul untuk mengganggu si pemuda
Quraisy yang menukar agama nenek-moyangnya!' jawab ayahku. Kami
pun berhenti di situ melihat apa yang terjadi. Aku lihat Rasulullah
SAW mengajak orang ramai untuk mengesakan Allah azzawajaila dan
mempercayai dirinya sebagai Utusan Allah, tetapi aku lihat orang
ramai mengejek-ngejek seruannya itu dan mengganggunya dengan berbagai
cara sehinggalah sampai waktu tengah hari, maka mulailah orang bubar
dari situ. Kemudian
aku lihat seorang wanita datang kepada beliau membawa air dan sehelai
kain, lalu beliau menyambut tempat air itu dan minum darinya. Kemudian
beliau mengambil wudhuk dari air itu, sedang wanita itu menuang
air untuknya, dan ketika itu agak terbuka sedikit pangkal dada wanita
itu. Sesudah selesai berwudhuk, beliau lalu mengangkat kepalanya
seraya berkata kepada wanita itu: Puteriku! lain kali tutup rapat
semua dadamu, dan jangan bimbang tentang ayahmu!
Ada orang bertanya: Siapa dia wanita itu? jawab mereka: Itu Zainab,
puterinya - radhiallahu anha. (Majma'uz-Zawa'id 6:21)
Dalam riwayat yang
sama dari Manbat Al-Azdi, katanya: Pernah aku melihat Rasulullah
SAW di zaman jahiliah, sedang beliau menyeru orang kepada Islam,
katanya: 'Wahai manusia sekaliani Ucapkanlah 'Laa llaaha lliallaah!'
nanti kamu akan terselamat!' beliau menyeru berkali-kali kepada
siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada orang yang
meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya,
ada yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari. Kemudian
aku lihat ada seorang wanita datang kepadanya membawa sebuah kendi
air, maka beliau lalu membasuh wajahnya dan tangannya seraya menenangkan
perasaan wanita itu dengan berkata: Hai puteriku! Janganlah engkau
bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ... ! Berkata Manbat:
Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orangorang di situ: Dia itu
Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik. (Majma'uz
Zawa'id 6:21)
Bukhari meriwayatkan
dari Urwah r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai
apa yang dideritai Nabi SAW ketika beliau berdakwah mengajak orang
masuk Islam, kataku: 'Beritahu aku tentang perbuatan yang paling
kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap Rasulullah
SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka'bah, tiba-tiba
datang Uqbah bin Abu Mu'aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk
beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula
datang Abu Bakar ra. lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya
dengan kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu.
Abu Bakar berkata kepada Uqbah: 'Apakah engkau hendak membunuh orang
yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!' padahal dia telah membawa
keterangan dari Tuhan kamu?!'
(Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:46)
Suatu riwayat yang
dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, dari Amru bin Al-Ash ra. katanya:
Aku tidak pemah lihat kaum Quraisy yang hendak membunuh Nabi SAW
seperti yang aku lihat pada suatu hari di bawah lindungan Ka'bah.
Mereka bersepakat merencanakan pembunuhan beliau sedang mereka duduk
di sisi Ka'bah. Apabila Rasulullah SAW datang dan bersembahyang
di Maqam, lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu'aith menuju kepada Rasulullah
SAW dan membelitkan kain ridaknya ke tengkuk beliau, lalu disentaknya
dengan kuat sekali, sehingga beliau jatuh tersungkur di atas kedua
lututnya. Orang ramai yang berada di situ menjerit, menyangka beliau
telah mati karena cekikan keras dari Uqbah itu. Maka ketika itu
segeralah Abu Bakar ra. datang dan melepaskan cekikan Uqbah dari
Rasulullah SAW itu dari belakangnya, seraya berkata: Apa ini? Adakah
engkau hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!'
Uqbah pun segera berundur dari tempat Rasuluilah SAW itu kembali
ke perkumpulan teman-temannya para pemuka Quraisy itu. Rasulullah
SAW hanya bersabar saja, tidak mengatakan apa pun. Beliau lalu berdiri
bersembahyang, dan sesudah selesai sembahyangnya dan ketika hendak
kembali ke rumahnya, beliau berhenti sebentar di hadapan para pemuka
Quraisy itu sambil berkata: 'Hai kaum Quraisy! Demi jiwa Muhammad
yang berada di dalam genggaman Tuhan! Aku diutus kepada kamu ini
untuk menyembelih kamu!' beliau lalu mengisyaratkan tangannya pada
tenggorokannya, yakni beliau rnenjanjikan mereka bahwa mereka akan
mati terbunuh. 'Ah, ini semua omong kosong!' kata Abu jahal menafikan
ancaman Nabi SAW itu. 'Ingatlah kataku ini, bahwa engkau salah seorang
dari yang akan terbunuh!' sambil menunjukkan jarinya ke muka Abu
jahal.
(Kanzul Ummal 2:327)
Ahmad memberitakan
dari Urwah bin Az-Zubair dari Abdullah bin Amru ra. bahwa Urwah
pernah bertanya kepada Abdullah: 'Tolong beritahu aku apa yang pernah
engkau lihat dari kaum Quraisy ketika mereka menunjukkan permusuhannya
kepada Rasulullah SAW?'. Abdullah bercerita: Aku pernah hadir dalam
salah satu peristiwa ketika para pemuka Quraisy bermusyawarah di
tepi Hijir (Ka'bah), mereka berkata: Apa yang kita tanggung sekarang
lebih dari yang dapat kita sabar lagi dari orang ini! Dia telah
mencaci nenek-moyang kita, memburuk-burukkan agama kita, memporak-perandakan
persatuan kita, dan mencerca tuhan-tuhan kita, siapa lagi yang dapat
bersabar lebih dari kita ... !'
Di tengah mereka berbincang-bincang
itu, tiba-tiba muncullah Rasulullah SAW datang dan langsung menghadap
sudut Ka'bah, lalu beliau bertawaf keliling Ka'bah, dan apabila
beliau berlalu di tempat kaum Quraisy itu sedang duduk, mereka melontarkan
beberapa perkataan kepadanya, namun beliau hanya berdiam diri belaka.
Apabila beliau bertawaf kali kedua, mereka tetap menyampaikan kata-kata
mengejek, namun beliau tidak berkata apa pun. Tetapi pada tawaf
keliling ketiga, bila mereka mengejek-ngejek lagi, beliau lalu berhenti
seraya berkata kepada mercka: 'Hai pemuka Quraisy! Dengarlah baik-baik!
Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggaman Tuhan, sebenarnya
aku ini mendatangi kamu untuk menyembelih kamu!' Mendengar itu,
semua orang yang di situ merasa berat sekali, sehingga setiap seorang
di antara mereka merasakan seolah-olah burung besar datang untuk
menyambarnya, sampai ada orang yang tidak sekeras yang lain datang
untuk menenangkan perasaan beliau supaya tidak mengeluarkan kata-kata
yang mengancam, karena mereka sangat bimbang dari kata-katanya.
'Kembalilah sudah, wahai Abu Al-Qasim!' bujuk mereka. 'Janganlah
engkau sampai berkata begitu! Sesungguhnya kami sangat bimbang dengan
kata-katamu itu!' Rasuluilah SAW pun kembalilah ke rumahnya.
Kemudian pada hari
besoknya, mereka datang lagi ke Hijir (Ka'bah) itu dan berbicarakan
permasalahan yang sama, seperti kemarin, dan aku duduk di antara
mereka mendengar pembicaraan mereka itu. 'Kamu semua cuma berani
berkata saja, cuma berani mengumpat sesama sendiri saja, kemudian
apabila Muhammad mengatakan sesuatu yang kamu tidak senang, kamu
lalu merasa takut, akhirnya kamu membiarkannya!' kata yang satu
kepada yang lain. 'Baiklah,' jawab mereka.' Kali ini kita sama-sama
bertindak, bila dia datang nanti.' Dan seperti biasa Rasulullah
SAW pun datang untuk bertawaf pada Ka'bah, maka tiba-tiba mereka
melompat serentak menerkamnya sambil mereka mengikutinya bertawaf
mereka mengancamnya: 'Engkau yang mencaci tuhan kami?' kata yang
seseorang. 'Engkau yang memburuk-burukkan kepercayaan kami, bukan?'
kata yang lain. Yang lain lagi dengan ancaman yang lain pula. Maka
setiap diajukan satu soalan kepada Rasulullah SAW itu, setiap itulah
dia mengatakan: 'Memang benar, aku mengatakan begitu!' Lantaran
sudah tidak tertanggung lagi dari mendengar jawaban Nabi SAW itu,
maka seorang dari mereka lalu membelitkan kain ridaknya pada leher
beliau, sambil menyentakkannya dengan kuat. Untung Abu Bakar ra.
berada di situ, lalu dia segera datang melerai mereka dari menyiksa
Nabi SAW sambil berkata: 'Apakah kamu sekalian mau membunuh seorang
yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah! 'diulanginya kata-kata itu
kepada kaum Quraisy itu, dengan tangisan yang memilukan hati. Kemudian
aku lihat kaum Quraisy itu meninggalkan tempat itu. Dan itulah suatu
peristiwa sedih yang pernah aku lihat dari kaum Quraisy itu yang
dilakukan terhadap Nabi SAW - demikian kata Abdullah bin Amru kepada
Urwah bin Az-Zubair ra. (Majma'uz Zawa'id 6:16)
Bazzar dan Thabarani
telah memberitakan dari Abdullah bin Mas'ud r. a. katanya: Satu
peristiwa, ketika Rasulullah SAW bersembahyang di Masjidil Haram,
dan ketika itu pula Abu jahal bin Hisyam, Syaibah dan Utbah keduanya
putera dari Rabi'ah, Uqbah bin Abu Mu'aith, Umaiyah bin Khalaf dan
dua orang yang lain, semua mereka tujuh orang, mereka sekalian sedang
duduk di Hijir, dan Rasuluilah SAW pula sedang asyik bersembahyang,
dan apabila beliau bersujud, selalunya beliau memanjangkan sujudnya.
Maka berkatalah Abu Jahal: 'Siapa berani pergi ke kandang unta suku
Bani fulan, dan mengambil taiknya untuk mencurahkan ke atas kedua
bahunya, bila dia sedang sujud nanti?' 'Aku!' jawab Uqbah bin Abu
Mu'aith, orang yang paling jahat di antara yang tujuh di situ. Lalu
Uqbah pergi mengambil taik unta itu, dan diperhatikannya dari jauh,
apabila Rasulullah SAW bersujud dicurahkan taik unta itu ke atas
kedua bahunya.
Berkata penyampai
cerita ini, Abdullah bin Mas'ud ra.: Aku melihat perkara itu, tetapi
aku tidak berdaya untuk menghalangi atau melawan kaum Quraisy itu.
Aku pun bangun dan meninggalkan tempat itu dengan perasaan kesal
dan sedih sekali. Kemudian aku mendengar, bahwa Fathimah, puteri
Rasulullah SAW datang dan membuangkan kotoran itu dari bahu dan
tengkuk beliau. Kemudian dia mendatangi mereka yang melakukan perbuatan
buruk itu, sambil memaki mereka, tetapi mereka diam saja, tidak
menjawab apa pun. Ketika itu Rasulullah SAW pun mengangkat kepalanya,
sebagaimana beliau mengangkat kepala sesudah sempurna sujud. Apabila
sudah selesai dari sembahyangnya, beliau lalu berdoa: Ya Allah!
Ya Tuhanku! Balaslah kaum Quraisy itu atas penganiayaannya kepadaku!
Balaslah atas Utbah, Uqbah, Abu Jahal dan Syaibah! Sekembalinya
dari masjid, beliau telah ditemui di jalanan oleh Abul Bukhturi
yang di tangannya memegang cambuknya. Bila Abul Bukhturi melihat
wajah Nabi SAW dia merasa tidak senang, karena dia tahu ada sesuatu
yang tidak baik terjadi terhadap dirinya: 'Hai Muhammad! Mengapa
engkau begini?' tegur Abul Bukhturi. 'Biarkanlah aku!' jawab Nabi
SAW ' Tuhan tahu, bahwa aku tidak akan melepaskanmu sehingga engkau
memberitahuku, apa yang terjadi pada dirimu terlebih dulu?!' Abul
Bukhturi mendesak Nabi SAW untuk memberitahunya apa yang telah terjadi.
Apabilla dilihatnya beliau masih mendiamkan diri, dia berkata lagi:
'Aku tahu ada sesuatu yang terjadi pada dirimu, sekarang beritahu!'
pinta Abul Bukhturi lagi Apabila Nabi SAW melihat bahwa Abul Bukhturi
tidak mau melepaskannya, melainkan sesudah beliau memberitahunya
apa yang terjadi, maka beliau memberitahunya apa yang terjadi: 'Abu
jahal membuat angkara!' beritahu Nabi SAW 'Abu jahal lagi? Memang
sudah aku kira, apa yang dibuat kepadamu kali ini?!' tanya Abul
Bukhturi lagi. 'Dia menyuruh orang meletakkan kotoran unta ke atas
badanku ketika aku sedang bersujud dalam sembahyangku,' jelas Nabi
SAW 'Mari ikut aku ke Ka'bah,' bujuk Abul Bukhturi.
Abul Bukhturi dan
Nabi SAW pun pergi ke Ka'bah dan terus menuju ke arah tempat duduk
Abu jahal. Abul Bukhturi kelihatan marah sekali. 'Hai Bapaknya si
Hakam!' teriak Abul Bukhturi. 'Engkau yang menyuruh orang meletakkan
kotoran unta ke atas badan Muhammad ini?' katanya dengan keras.
'Ya,' jawab Abu Jahal. 'Apa yang engkau mau?' Abul Bukhturi tidak
banyak bicara, melainkan ditariknya cambuknya lalu dipukulnya kepala
Abu jahal berkali-kali. Orang ramai di situ lari berhamburan, dan
teman-teman Abu jahal hiruk-pikuk menyalahkan Abul Bukhturi. 'Celaka
kamu!' jerit Abu Jahal memprotes, dan badannya terlihat kesakitan
karena pukulan cambuk Abul Bukhturi itu.' Dia layak diperlakukan
begitu, karena dia menimbulkan permusuhan di antara kita sekalian,
agar terselamat pula dia dan kawan-kawannya... !' tambah Abu jahal
lagi. (Majma'uz Zawa'id 6:18)
Menurut Ahmad yang
meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud ra. katanya: Aku lihat semua
orang yang dijanjikan Nabi SAW akan mati itu, semuanya terbunuh
di medan Badar, tiada seorang pun yang terselamat. (Al-Bidayah Wan-Nihayah
3:44)

|
|