|
Mu'awiyah
ra.
Dikeluarkan oleh At-Thabarani
dan Abu Ya'la dari Abu Funail dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan radhiallaahu
'anhu, dimana Mu'awiyah ra. telah menaiki mimbar pada hari Qimamah
dan berkata dalam khutbahnya, "Sesungguhnya harta rampasan
adalah harta kami dan terserah kepada kami untuk membagi-bagikannya.
Barangsiapa yang kami kehendaki, kami akan memberikan kepadanya
dan barangsiapa yang tidak kami kehendaki kami tahan dari membagikannya".
Tidak ada seorangpun yang menjawab kata-katanya itu. Pada hari Jum'at
yang berikutnya beliau berkata-kata dengan perkara yang sama sehingga
lah hari Jum'at yang ketiga di mana beliau juga berkhutbah dengan
perkara yang sama.
Maka seorang lelaki
yang hadir di dalam Masjid itu telah berkata kepadanya, "Tidak
sekali-kali, sesungguhnya harta tersebut adalah milik kami semua
(dan harus dibagi-bagikan dengan adil). Barangsiapa yang menghalang
kami dari harta tersebut kami akan berhukum kepada hukum Allah dengan
pedang-pedang kami". Lalu Mu'awiyah ra. pun turun dari mimbar
dan mengutus seseorang untuk memanggil lelaki itu.
Orang-orang (Muslimin)
pun berkata, "Binasahlah lelaki itu".
Kemudian kaum muslimin
pun masuk menemui Mu'awiyah ra. di dalam rumahnya dan mendapati
lelaki itu sedang duduk di atas tempat tidur. Maka berkatalah Mu'awiyah
ra. kepada orang ramai, 'Lelaki itu telah menyinari rohaniku pada
hari ini, maka Allah akan menyinari jiwanya juga, aku telah mendengar
Rasulullah shallallaahu 'alayhi wa sallaam bersabda,
"Akan
terjadi setelahku seorang Amir akan berkata-kata dengan sesuatu
yang bertentangan dengan syari'ah dan tiada seorangpun yang
menentangnya. Dengan itu mereka akan dilemparkan ke dalam neraka
sebagaimana monyet memasuki neraka (berlompatan karena epanasan)".
Aku telah berkhutbah
kepada kamu pada hari Jum'at yang pertama, maka tidak ada seorangpun
dari kamu yang bangun menentangku, lalu aku takut sekiranya aku
menjadi golongan amir tersebut. Kemudian aku sekali lagi berkhutbah
dengan perkara yang sama pada hari Jum'at yang kedua, maka tidak
ada seorangpun yang membangkangi aku. Akupun berkata kepada diriku
sendiri, "Sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan amir
tersebut". Kemudian sekali lagi aku berkhutbah dengan perkara
yang sama pada hari Jum'at ketiga, maka lelaki ini telah bangun
dan membantahi aku. Maka dia telah menghidupkan aku, lalu Allah
akan menghidupkannya'.
Kata Al-Haitsami,
ianya telah diriwayatkan oleh At-Thabarani di dalam kitab Al-Kabir,
Al-Ausad. Abu Ya'la dan perawi-perawinya adalah kukuh.

|